-->

Friday, December 16, 2011

Crochet - Kids Hat




Hi to all......

Salam buat semua pengunjung...

Ha...sekarang ni tak tau tengah apa angin...nak kata angin monsun tak sampai ke Manjung ni.... rasa-rasanya angin nak buat crochetlah yang sampai ni......

Bukannya apa haritu dok mengemas bilik kerja.... dah hampir dua tahun berpindah ke Manjung ni...banyak lagi barang yang masih di dalam kotak yang belum dikeluarkan lagi, jadi bila jumpa kotak benang bulu ni.... wah mengait sakanlah...

Asalnya buat bakul telur.. (hem gambarnya nanti saya download, xd card digital camera saya rosak, nak ganti baru tak tau mana nak cari brand olympus kat Manjung ni...yg jumpa cuma canon aje...ni yang tension duduk kat Manjung ni...) ...akhirnya dok buat kupiah untuk suami dan anak-anak. So dari kupiah, timbul pulak idea nak mengait topi baby girl.....





Sorrylah...saya dah tak ade baby jadi kena letak topi ni pada belon aje...hehe





Yang ni asalnya plain aje... so saya tambahkan felt flower hair pin. Untuk baby yang kurang rambut.... nak pakai hair pin tak boleh, jadi boleh hiaskan hair pin kepada beret ni.... boleh tukar-tukar bunga ikut bajukan cantik...




Bagi sesiapa yang berminat nak memiliki kids hat ni harganya murah je..RM5.00 sahaja satu(excluding postage).

Yang warna purple dan maroon tu sesuai untuk baby 0-6 month old dan yang orange and yellowish green tu pula untuk 6 month and above....maybe sampai umur 2 taun masih boleh pakai kalau yang muka kecil... Yang ada dalam gambar ni sedang ada dalam stok...delivery in 3 days time..

Kalau ada yang mahukan warna mengikut kesukaan mereka kenalah bagi 2 weeks time untuk saya siapkan (al maklumlah kena siapkan tempahan kerja yang lain juga).

Sila isikan order form dan tunggu email dari kami in 24 hours time.

Happy surfing.....

glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Saturday, November 5, 2011

Sulaman manik

Salam untuk semua......

Aidiladha kembali lagi... Selamat Hari Raya Aidiladha bagi yang beragama Islam...Hayatilah erti pengorbanan....


Inilah hasil sulaman manik kami.









Harga Upah sulaman manik untuk kedua-dua design RM50.00







Yang warna purple ni upah menjahit maniknya hanya RM30.00 sahaja.


Bagi yang ingin menempah baju kurung sekali upah menjahit adalah RM35.00 sahaja. Tapi kenalah bagi baju contoh.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Manjung boleh menghantarnya sendiri kepada saya. Sms saya atau fb saya untuk mendapatkan alamat saya.

 
Bagi yang di luar kawasan Manjung bolehlah poskan kepada saya.
Payment haruslah dibuat terlebih dahulu.

Isikan order form untuk mengetahui samada tempahan anda diterima kerana jika terlalu banyak order kami terpaksa menolak tempahan selebihnya.
Jika tempahan diterima, kami akan emailkan alamat kami. No. akaun akan dimakluman selepas baju anda kami terima. Kami akan memulakan kerja menjahit selepas menerima bayaran daripada anda.




Wednesday, October 19, 2011

Pencil case

Salam untuk semua....

Alang-alang dah duduk kat mesin jahit ni......teruskanlah dengan menjahit pencil case ni.....


PC 1


PC2


Hanya RM7.00 satu....murah kan?

Triangle coin purse

Salam untuk semua pengunjung....


Saya masih ingat lagi...masa di sekolah rendah dulu...rakan-rakan gemar sungguh bermain batu seremban....saya?......memang tak pandai.....makanya tak gemarlah...hehehe

Sebenarnya saya sedang menyiapkan projek jahitan saya....tiba-tiba saja rasa macam nak buat triangle coin purse ni...



Saturday, September 3, 2011

Sulaman Manik

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam......

Lagi sulaman manik buat tatapan semua.








Upah menjahit manik sahaja :

Bahagian dada sahaja
RM30 - RM50

Bahagian tangan sahaja
RM20 - RM50

Bahagian dada dan tangan sahaja
RM40 - RM80

Bahagian tangan, dada dan hujung baju
RM100 - RM200

Harga adalah mengikut jumlah manik yang digunakan dan juga harga manik yang digunakan.

Paten sulaman manik selalunya mengikut kesesuai fesyen pakaian dan juga corak dan jenis kain untuk pakaian tersebut.

Kami juga menerima tempahan menjahit pakaian.

Bagi pakaian kanak-kanak, harga adalah berlainan dari pakaian dewasa.



Untuk melihat lebih banyak lagi hasil sulaman manik kami sila klik di sini.
Kesemua contoh yang kami tunjukkan adalah contoh terbaru kami tahun 2011.

Wednesday, August 10, 2011

Sulaman Manik

Salam Ramadhan buat semua pengunjung yang beragama Islam....


Sulaman manik merupakan satu lagi produk kami. Mula mengemari sulaman manik sejak sekitar penghujung tahun 80'an, pada ketika itu saya menjahit manik untuk pakaian saya sendiri, terutamanaya untuk pakaian yang dipakai ke majlis-majlis tertentu.Saya telah mula menjadikan sulaman manik sebagai salah satu dari sumber pendapatan sejak dari tahun 1997 lagi.

Sulaman manik kami adalah merangkumi sulaman manik pada kain tudung, baju kurung tradisional dan moden, serta pakaian pengantin dan pakaian kanak-kanak terutamanya pakaian untuk konsert sekolah tadika.









Untuk lihat lebih banyak lagi sulaman manik hasil kreativiti kami. Klik di sini