Showing posts with label sulaman manik. Show all posts
Showing posts with label sulaman manik. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Manik 3D



Assalamualaikum ....

Sulaman manik kali ni ....




Manik 3D .....  ni sebenarnya gabungan manik 3D, crumble dan jahitan biasa ...










 
Untuk tempahan ... boleh juga menghubungi kami di http://www.facebook.com/mycreativeszone.norakhmarzakaria atau email akhmarzakaria@gmail.com 

glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Saturday, January 21, 2012

Sulaman manik




Salam buat semua pengunjung.....


Sulaman manik lagi.....Ketika pulang ke JB Disember lalu, kakak minta saya tolong dia jahitkan manik pada baju customer dia, jadi inilah hasilnya ...... jahitan manik untuk dua pasang baju kurung batik sutera.









Januari ni rehat sekejap...Februari nanti rasanya sambung terima tempahan menjahit lagi.....

Mesin jahit tengah mogok....aduhai susahnya nak repair kali ni, dah berkali-kali try masih macam tu juga....nak hantar ke kedai.....kat Manjung ni?..... kos repair mesin jahit kat sini mahal....mesin jahit  industrial tu ....sekali hantar beratus-ratus RM terbang...jadi nak jimat kos...repair sendirilah....

Kat Manjung ni apa yang tak mahal? Semuanya mahal....nak makan pun mahal....empat hari lepas saya bawa anak-anak makan kat luar.....Hem...bestnye makan Siakap tiga rasa, udang goreng tepung, tomyam dan kangkung goreng belacan....lepas makan ....bayarlah....tu dia RM83 ....

Terkejut juga suami di buatnya..mana tak, selalunya kami makan menu yang sama kat JB baru RM54....ha siapa kata taraf hidup kat JB mahal....kat manjung ni lagi mahal. Sewa rumah satu tingkat yang saiznya sama macam kat Manjung Point ni...kat JB baru RM350...kat Manjung RM550.... rumah dua tingkat pula kat JB RM700 - RM1200.....kat Manjung RM1,700 - 1,900.....tak ke gila namanya..... sewa rumah kat KL pun tak semahal kat Manjung ni....kalau rumahnya besar takpe...ini ciput aje.... rasa-rasanya kalau kat JB dan KL dapat rumah fully furnish kot....

Nak buat macam mana kena ikut suami yang bertugas kat sini.....sabo aje le...


glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Saturday, November 5, 2011

Sulaman manik

Salam untuk semua......

Aidiladha kembali lagi... Selamat Hari Raya Aidiladha bagi yang beragama Islam...Hayatilah erti pengorbanan....


Inilah hasil sulaman manik kami.









Harga Upah sulaman manik untuk kedua-dua design RM50.00







Yang warna purple ni upah menjahit maniknya hanya RM30.00 sahaja.


Bagi yang ingin menempah baju kurung sekali upah menjahit adalah RM35.00 sahaja. Tapi kenalah bagi baju contoh.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Manjung boleh menghantarnya sendiri kepada saya. Sms saya atau fb saya untuk mendapatkan alamat saya.

 
Bagi yang di luar kawasan Manjung bolehlah poskan kepada saya.
Payment haruslah dibuat terlebih dahulu.

Isikan order form untuk mengetahui samada tempahan anda diterima kerana jika terlalu banyak order kami terpaksa menolak tempahan selebihnya.
Jika tempahan diterima, kami akan emailkan alamat kami. No. akaun akan dimakluman selepas baju anda kami terima. Kami akan memulakan kerja menjahit selepas menerima bayaran daripada anda.




Saturday, September 3, 2011

Sulaman Manik

Salam Aidilfitri buat semua umat Islam......

Lagi sulaman manik buat tatapan semua.








Upah menjahit manik sahaja :

Bahagian dada sahaja
RM30 - RM50

Bahagian tangan sahaja
RM20 - RM50

Bahagian dada dan tangan sahaja
RM40 - RM80

Bahagian tangan, dada dan hujung baju
RM100 - RM200

Harga adalah mengikut jumlah manik yang digunakan dan juga harga manik yang digunakan.

Paten sulaman manik selalunya mengikut kesesuai fesyen pakaian dan juga corak dan jenis kain untuk pakaian tersebut.

Kami juga menerima tempahan menjahit pakaian.

Bagi pakaian kanak-kanak, harga adalah berlainan dari pakaian dewasa.



Untuk melihat lebih banyak lagi hasil sulaman manik kami sila klik di sini.
Kesemua contoh yang kami tunjukkan adalah contoh terbaru kami tahun 2011.

Wednesday, August 10, 2011

Sulaman Manik

Salam Ramadhan buat semua pengunjung yang beragama Islam....


Sulaman manik merupakan satu lagi produk kami. Mula mengemari sulaman manik sejak sekitar penghujung tahun 80'an, pada ketika itu saya menjahit manik untuk pakaian saya sendiri, terutamanaya untuk pakaian yang dipakai ke majlis-majlis tertentu.Saya telah mula menjadikan sulaman manik sebagai salah satu dari sumber pendapatan sejak dari tahun 1997 lagi.

Sulaman manik kami adalah merangkumi sulaman manik pada kain tudung, baju kurung tradisional dan moden, serta pakaian pengantin dan pakaian kanak-kanak terutamanya pakaian untuk konsert sekolah tadika.









Untuk lihat lebih banyak lagi sulaman manik hasil kreativiti kami. Klik di sini